Custom Search
The Tale of Your Life: Saya Cinta Meja Ini

Where you understand life-changing meaning through other people's experience.

Friday, September 5, 2008

Saya Cinta Meja Ini

Saya cinta meja ini... Teramat, amat cinta kepada meja ini. Saya bina meja ini dengan tangan saya sendiri, bersama-sama dua orang abang dan adik saya. Kita bukan adik-beradik kandungan, tetapi kita menjadi begitu mesra semasa membina meja ini. Saya tak akan lupa pengalaman pahit manis semasa membina meja ini walaupun sudah berada di syurga. Terutamanya abang saya itu. Dia seorang yang tabah dan penuh dengan tenaga luar biasa. Dia manjadi abang kita bertiga juga disebabkan sikapnya itu. Demi bina meja ini, dia berani berunding dengan orang yang bersenjata dan ganas, dia berunding dengan kaum asing selama beberapa hari di atas kapal laut, juga selalu berulang-alik ke luar negara untuk dapatkan kepastian seluruh dunia tentang meja ini. Oleh sebab sumbangan yang tak terhingga ini, kita panggilnya bapa kepada meja ini.
Saya datang nak tegur tiga anak saya ini! Mereka tidak tahu kerjasama! Bodohnya!! Apa susahnya kerjasama? Awak tolong saya, saya tolong awak... akhirnya, kita semua dapat untung. Ini dasar buat bisnes. Saya percaya dengan hanya pegang prisip ini, sebuah masyarakat terbilang pun dapat dibina. Ini tidak. Adik cipta sebuah lagu untuk luahkan perasaan, abang berpakat dengan orang lain untuk menghukumnya. Anak kedua saya tu, dia pandai belajar, terlalu cerdik, sudah menjadi engineer terkenal di Singapore dia tak mau peduli langsung apa yang jadi atas meja ini. Tengok, sudah goyang sebab tak ada orang yang pandai maintain. Nampak lubang ini? “Bocor” namanya. Agaknya berapa tahun lagi ia akan tahan?
Saya ingat lagi tragedi yang saya nampak semasa sambut hari lahir meja ini. Ia bukan tragedi yang ramai terkorban, tapi kalau tidak diambil berat, ia akan jadi begitu juga. Tiga-tiga orang anak saya tidak beremosi langsung bila semua orang sedang bergembira betapa bangganya dengan adanya meja itu. Sikap anak-anak saya itu serupa saja orang asing yang memerhatikan sambutan hari kemerdekaan di negara asing. Mereka tidak patut begitu. Susah payah kita bina meja ini supaya masa depan mereka bahagia, tapi kenapa pula mereka macam tidak mahu?
Pada satu hari, saya dapat tahu puncanya. Entah kenapa, sekolah mengajar anak muda saya yang hanya abang saya seorang saja yang bina meja ini... jantung saya henti pukul... bukan henti, ia seperti hilang, bukan, bukan, bukan jantung yang hilang, jiwa yang hilang... seperti company yang saya bina dengan jiwa sendiri, tiba-tiba dikatakan orang lain punya. Apa perasaan kamu bila kamu mati atas medan perang untuk negara, tetapi nama kamu langsung tidak disebut? Pengorbanan yang sia-sia!! Apa perasaan kamu?
Semasa bina meja ini, saya telah sumbang kesemua kos bahannya, termasuk kos tiket kapal terbang, kos pakaian, kos harian yang berganda di luar negara, dan banyak yang remeh-temeh lagi. Abang tidak pandai buat bisnes. Tetapi bisnes kemahiran utama saya. Yang lain saya tak pandai sangat. Tetapi tanpa modal, apa pun tidak jadi. Padahalnya, hingga sekarang, saya masih sumbangkan 85% daripada kos maintainance meja ini. Bagitau saya, sumbangan saya tak penting!
Satu ratus tahun dulu, saya datang dari China. Tak ingatlah apa tujuan saya datang, lombong bijih timah ke? Buat bisnes ke? Sudah tua, susah mau ingat. Lima puluh tahun kemudian, kita bina meja ini, saya rasa meja ini sebahagian daripada saya. Kita berparty di atas meja ini, bekerja di atas meja ini, tidur di atas meja ini, makan di atas meja ini, bersedih di atas meja ini, bergaduh di atas meja ini, bercinta di atas meja ini... Tapi tidak sesekali terlintas dalam fikiran kami yang meja ini bukan milik salah seorang daripada kita. Ganjilnya, tiga anak-anak saya yang lahir atas meja ini, tidak berpendapat bahawa meja ini milik mereka. Apa sudah jadi kepada mereka?

0 wise person said:

 
Custom Search